Posts

Showing posts from 2014
Image
Haji Samuri Jutawan Sate 130 Ribu cucuk sehari masih belum bersedia ke luar Negara ... Berkunjung ke Bandar Kajang tidak lengkap jika tidak singgah ke gerai sate. Sate Kajang sudah sinonim bunyinya. Tetapi sate mana satu yang paling sedap? ... Menurut sejarah, Sate Kajang diasaskan oleh Haji Tasnim Sakiban sehingga mempopularkan peniaga-peniaga sate di kajang sejak tahun 60-an. ... Kini jenama Sate Haji Samuri popular di seluruh Malaysia. Diusahakan sendiri dengan dibantu anak dan menantunya serta ahli keluara lain. Pemiliknya berbangga kerana Sate Haji Samuri dikenali ramai. Memperkenalkan Sate Kajang Haii Samur bukanlah perkara yang mudah atau menumpang populariti sate Kajang semata-mata. ... Kenapa dinamakan Sate Kajang Haji Samuri? Bagi Tuan Haji Samuri Haji Juraimi, pemilik perniagaan Sate Haji Samuri, itu adalah lebih mudah untuk orang kenal kerana umpama menggunakan serta kenalkan jenama sendiri. ... Menurut Samuri, berniaga sate sebenarnya tidak mem...
Image
   Haji Ramly Bin Mokni Perusahaan Burger Ramly Mokni Sdn. Bhd. telah didaftarkan penubuhannya  pada 13 Julai 1984 dan telah beroperasi dengan jayanya selama 25 tahun di Kawasan Perindustrian Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur. Syarikat ini menjalankan operasi memproses dan mengeluarkan produk makanan berasaskan daging lembu, ayam dan hasilan laut seperti  burger, nuget, sosej dan lain-lain. Haji Ramli Bin Mokni, pemilik syarikat ini, berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang ini. Bermula dengan pengeluaran secara manual dan kecil-kecilan, beliau kini telah berjaya mengembangkan perniagaan ini ke tahap komersial. Bermula dengan pinjaman yang kecil dari Bank Pembangunan pada tahun 1982, syarikat kini telah berkembang dan membesar kepada syarikat induk Ramly Mokni Holding Berhad dan anak-anak syarikat iaitu Ramly Food Processing Sdn. Bhd., Pemasaran Ramly Mokni Sdn. Bhd., Ramly Supermart Sdn. Bhd. dan Ramly Mokni Bakeri Sdn....
Image
JERUK MADU PAK ALI (ALI OMAR) 'Jeruk Madu Penang Mali' tembusi pasaran luar JERUK siap dibungkus di kilang Jeruk Madu di Simpang Ampat, Nibong Tebal, Pulau Pinang, semalam. NIBONG TEBAL 8 April - Mempelam, kelubi, cermai, pala, rokam dan buah salak tidak berharga di kampung-kampung tetapi buah-buahan tempatan itu jika dikomersialkan dan dijadikan jeruk mampu menjana ekonomi penduduk setempat. Bagi anak kampung bernama Ali Omar, 67, kekurangan yang ada pada dirinya kerana buta huruf tidak menjadi halangan baginya bergelar usahawan Melayu yang berjaya membekalkan dan mengeksport jeruk bukan sahaja untuk pasaran dalam negara tetapi sehingga ke Afrika Selatan, England dan Arab Saudi. Mengimbau kenangan silam, Pak Ali berkata, perusahaan jeruk yang diusahakannya sudah mencapai usia suku abad, bermula dengan modal RM15,000, hari ini, perusahaan jeruk madunya itu mempunyai modal pusingan lebih RM300,000. Pak Ali berkata, perusahaan menghasilkan jeruk madu...
Image
  Ciri-ciri keusahawanan Tan Sri Loh Boon Siew Antara ciri-ciri keusahawanan yang dikenalpasti ada pada Tan Sri yang berjaya menjadikan beliau sebagai seorang usahawan yang berjaya dan amat disegani di Malaysia adalah: Berorientasikan Peluang Semasa melakukan lawatan ke Osaka, Jepun pada tahun 1954, Tan Sri terlihat sebuah motorsikal bersaiz kecil atau ‘cub’ yang didapati sesuai untuk dibawa masuk ke Malaysia. Menurut sejarah, Tan Sri sanggup mengejar motorsikal terbabit untuk melihat dengan lebih dekat lagi ciri-ciri motorsikal terbabit. Ini kerana beliau berpendapat bahawa motorsikal jenis Honda tersebut amat sesuai untuk digunakan kerana saiznya yang kecil dan ringan sesuai untuk orang Asia yang rata-rata bersaiz kecil berbanding dengan motorsikal buatan Eropah. Pada ketika itulah, Tan Sri dapat melihat motorsikal Honda ‘cub’ sebagai satu peluang bagi beliau untuk dijual di Malaysia. Lantaran itu, Tan Sri telah berjaya mempengaruhi pengeluar motors...
Image
Tokoh Usahawan Berjaya Datuk Loh Boon Siew Sejarah Pada sekitar tahun 1980an, boleh dikatakan 10 buah motorsikal yang berada di jalanraya, 7 buah daripadanya adalah dari model Honda   Boon Siew. Sedar atau tidak nama Boon Siew pada motorsikal Honda   ini bukanlah datang dari Negara Jepun tetapi ia adalah nama individu yang bertanggungjawab untuk membawa masuk motorsikal Honda   terbabit ke Malaysia iaitu mendiang  Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew   (Tan Sri) . Menurut sejarah, Tan Sri adalah seorang yang buta huruf dan tidak boleh membaca. Walaupun beliau tidak boleh menulis mahupun membaca, namun daya ingatan Tan Sri adalah sangat baik dan beliau sering bergantung kepada ingatannya dalam membuat sebarang pertimbangan dan keputusan. Selain itu, beliau juga merupakan seorang yang sentiasa berpandangan jauh kehadapan dan berkebolehan menjangka dan bersiap sedia. Ini adalah kunci kepada kejayaannya pada hari ini. Kehidupan ...