Haji Ramly Bin Mokni
Perusahaan
Burger Ramly Mokni Sdn. Bhd. telah didaftarkan penubuhannya pada 13
Julai 1984 dan telah beroperasi dengan jayanya selama 25 tahun di
Kawasan Perindustrian Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur. Syarikat
ini menjalankan operasi memproses dan mengeluarkan produk makanan
berasaskan daging lembu, ayam dan hasilan laut seperti burger, nuget,
sosej dan lain-lain.
Haji
Ramli Bin Mokni, pemilik syarikat ini, berpengalaman lebih 30 tahun
dalam bidang ini. Bermula dengan pengeluaran secara manual dan
kecil-kecilan, beliau kini telah berjaya mengembangkan perniagaan ini ke
tahap komersial.Bermula
dengan pinjaman yang kecil dari Bank Pembangunan pada tahun 1982,
syarikat kini telah berkembang dan membesar kepada syarikat induk
Ramly Mokni Holding Berhad dan anak-anak syarikat iaitu Ramly Food
Processing Sdn. Bhd., Pemasaran Ramly Mokni Sdn. Bhd., Ramly Supermart
Sdn. Bhd. dan Ramly Mokni Bakeri Sdn. Bhd. Syarikat
telah diberikan pengiktirafan sebanyak tiga kali oleh Bank
Pembangunan atas kecermelangan prestasi iaitu Anugerah Projek Terbaik
(1982), Anugerah Pelanggan Pembangunan (1984) dan Anugerah Usahawan
Jaya (1992).
Pada
2008, Ramly Food Processing Sdn. Bhd. membuat pelaburan menjangkau
RM15 juta bagi pembesaran kilang di Taman Perindustrian IKS, Batu
Caves, Kuala Lumpur. Pembesaran kilang ini dan penggunaan teknologi
yang lebih baik juga dapat meningkatkan hasil pengeluaran sehingga 3
kali ganda. Di samping mempertingkatkan pengeluaran dan dalam waktu
yang sama kualiti produk menjadi keutamaannya.
Penggunaan
teknologi mesin dari awal proses hingga akhir dengan tenaga kerja
yang berkemahiran dalam pengendalian mesin dijangka mampu memastikan
matlamat syarikat ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. SME Bank
telah meluluskan pembiayaan syariah kepada Ramly Food Processing Sdn.
Bhd. bagi membiayai kos pembelian bahan mentah syarikat ini.
Produk-produk syarikat ini telah dikenali ramai dan berkualiti tinggi.
Syarikat ini merupakan syarikat Bumiputera terkemuka yang telah
mencipta nama dalam industri makanan sejuk beku di negara ini.
Sumber:
Comments
Post a Comment