SYARIKAT RAMLY BURGER DAN PERMASALAHANNYA
Assalammualaikum dan salam sejahtera. Saya memilih "Syarikat Ramly Burger" dan di bawah dinyatakan permasalahan yang timbul di dalam syarikat ini.
Assalammualaikum dan salam sejahtera. Saya memilih "Syarikat Ramly Burger" dan di bawah dinyatakan permasalahan yang timbul di dalam syarikat ini.
RAMLY BURGER: http://www.ramly.com.my/
*Permasalahan yang berlaku:
1) Cabaran bagi pengusaha Ramly Burger iaitu Dato'
Ramly Mokni
Ramly Mokni merupakan seorang tokoh usahawan Melayu yang telah
mengecapi dan mencapai kejayaan dalam bidang keusahawanan dengan begitu
cemerlang .Beliau menghadapi pelbagai cabaran dan halangan untuk membuka kilang
untuk mengeluarkan daging burger dari 300 keping sehari kepada 30 tan daging
sehari selepas 20 tahun dengan jualan tahunan kini mencatat RM42 juta.
Ramly mengembangkan perniagaannya dengan menghasilkan produk-produk
lain termasuk nuggets, fritters termasuklah jejari dan bebola daging dan ayam.
Jenama Ramly Burger bukan sahaja terkenal di Malaysia malah di Singapore juga.
Beliau seorang yang bijak merebut peluang dan berdaya kreatif dan
inovatif serta berpandangan jauh. Selain itu, beliau tidak pernah putus asa
walaupun usahanya pernah diperlekehkan oleh masyarakat dan juga pihak bank
yang telah menolak permohonan pinjamannya.
Beliau mengatakan sokongan keluarga adalah amat penting untuk
mendorongnya terutamanya isterinya yang sentiasa memberikan dorongan kepadanya.Sebarang
rungutan dan ketidakpuasan hati oleh pelanggan, beliau pasti akan memperbaiki
mutu produknya dengan berjumpa dengan pelanggan tertentu dengan kadar segera
untuk mengetahui masalahnya.
*SUMBER PENUH DI SINI
*SUMBER PENUH DI SINI
2)
Isu DNA babi dalam Ramly Burger
Isu DNA Babi dalam Ramli
Burger telah heboh diperkatakan pada suatu ketika dahulu. Ia berikutan
sebuah blog memaparkan salinan surat dari Jabatan Kesihatan Negeri Kedah yang mendakwa
jabatan berkenaan bagi Daerah Yan telah menemui DNA babi hasil kajian satu
sample produk Ramly Burger di sana.
Perkara ini telah
dinafikan sekeras kerasnya oleh Dato’ Ramly bin Mokni,
Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Ramli yang mengeluar dan memasarkan produk
tersebut. Dalam surat terbuka bertarikh 1 Disember 2011, beliau mendakwa
bahawa ini adalah satu fitnah untuk mensabotaj syarikat mereka yang 100%
dimiliki oleh keluarga beliau yang beragama Islam dengan 1,000 kakitangan
yang kesemuanya juga beragama Islam. Beliau menambah bahawa sebagai kumpulan
beragama Islam, mereka sungguh menitik beratkan soal halal haram dan mempunyai
jabatan dan jawatankuasa halal untuk memastikan status halal produk yang
dikeluarkan.
Beliau mendakwa
memang ada kertas bungkusan yang bukan milikan Ramly telah ditemui digunakan
dan aduan polis telah dibuat tentang perkara ini.
Satu pemeriksaan premis
telah dilaksanakan oleh Pejabatan Kesihatan Daerah Kulim, Kedah yang
mengesahkan tiada DNA Babi ditemui.
Beliau menasihati orang
ramai menghubungi pihak JAKIM untuk penjelasan lanjut (Jika ada).
Dalam perkara ini,
kami mengakui pentingnya pemantauan status halal dibuat oleh pihak kerajaan,
tetapi janganlah ia dibuat dengan cara tergesa gesa dan di laporkan pula
oleh sebuah pejabat peringkat daerah dan sebuah agensi yang
tidak berkenaan. Sebarang pengumuman sepatutnya dibuat oleh pihak yang
berwibawa seperti JAKIM pusat atau negeri dengan prosedur yang ketat bagi
mengelakkan sebarang kekeliruan, fitnah atau sabotaj.
Kita harus maklum sejak
baru baru ini banyak perusahaan Melayu/Islam telah disasarkan oleh pihak yang
tidak dikenali melalui internet. Ini termasuklah kes roti Gardenia, KFC,
Kek Lapis Sarawak dan kini pula Ramly Burger, yang kesemuanya dimiliki
atau di kuasai oleh usahawan Melayu/Islam. Kita tidak tahu siapa yang memulakan
fitnah ini dan apa tujuan mereka. Namun kita sebagai masyarakat Islam, walaupun
perihatin dengan soal halal haram, perlulah berhati hati supaya tidak
mudah digunakan oleh pihak lain untuk memfitnah dan menjatuhkan perusahaan
Islam.
*SUMBER dan BUKTI
*SUMBER dan BUKTI
KUALA
LUMPUR 9 Mei - Ramly Food Processing Sdn. Bhd. yang terkenal dengan
jenama Ramly Burger menafikan bahawa kepentingan syarikat itu telah
dijual kepada syarikat bukan bumiputera.
Pengurus Kanan
Pemasaran Ramly Mokni Sdn. Bhd., Siti Hayu Ramly berkata, tidak pernah
pada bila-bila masa pegangan syarikat itu dijual dan perniagaan yang
berusia 30 tahun itu kekal di tangan pengasasnya, Datuk Ramly Mokni.
Siti Hayu yang
merupakan generasi kedua pengasas perniagaan itu terpaksa tampil untuk
menjelaskan perkara berkenaan memandangkan pelbagai spekulasi tersebar
sejak kebelakangan ini.
''Banyak
kenyataan di Internet menyebarkan kononnya Kumpulan Ramly telah dijual
dan ia adalah satu dakwaan yang tidak benar dan kami menafikan
sekeras-kerasnya.
''Satu lagi
perkara yang ingin saya tekankan bahawa semua produk kami adalah halal
dan mematuhi setiap aspek dan prosedur Syariah,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Siti Hayu berkata, pihak syarikat tidak tahu menahu punca dan faktor yang menyebabkan dakwaan tersebut tersebar di Internet.
Cuma,
tambahnya, jika ada pengguna yang masih was-was dengan kenyataannya,
mereka boleh mendapatkan pengesahan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia
(SSM).
Beliau
bagaimanapun berkata, khabar angin itu sedikit pun tidak menjejaskan
perniagaan Kumpulan Ramly, sebaliknya permintaan bagi produk-produknya
terus meningkat.
Malah, katanya, pada tahun lalu jumlah permintaan adalah 30 peratus lebih tinggi berbanding pengeluaran.
Pada tahun ini,
kata Siti Hayu, Kumpulan Ramly telah meningkatkan kapasiti untuk
memastikan bekalan seiring dengan permintaan yang semakin menggalakkan. Kumpulan
Ramly kini memasarkan 40 produk dan burger Ramly masih kekal sebagai
produk terlaris dengan sumbangan sebanyak 50 peratus kepada
perniagaannya.
Ditanya
mengenai penerokaan pasaran luar negara, Siti Hayu tidak menafikan
produknya telah lama mendapat permintaan tetapi ia tidak dapat dilakukan
disebabkan kapasiti pengeluaran yang terhad.
''Kini kami
sudah sedia, cuma belum bergerak ke arah itu, Kumpulan Ramly perlu
membuat kajian terperinci untuk memastikan kami berupaya bersaing di
luar,'' tambahnya.
Beliau tidak
menolak kemungkinan akan memasarkan produknya di pasaran serantau dan
Thailand dijangka menjadi destinasi pertama Kumpulan Ramly.Dalam pada itu, Siti Hayu berkata, Kumpulan Ramly kini memperkenalkan pek baru bagi produk burger ayam dan dagingnya.
Katanya,
pembungkusan dalam bentuk bantal itu mengandungi enam keping burger ayam
dan daging diperkenalkan untuk mengekalkan kesegaran dan kualitinya.
*SUMBER
*SUMBER
Burger
Ramly sangat popular di Malaysia, Burger Ramly merupakan Ikon makanan
yang kita tahu mudah didapati di pasar malam atau di kiosk - kiosk kaki
lima diwaktu malam tetapi di Singapura hanya di kenali sebagai
pembungkus makanan. Ini kerana kerajaan Singapura telah mengharamkan
daging dan ayam Ramly Burger disana buat jangka waktu yang lama .
Sebaliknya
apa yang ada adalah daging dengan jenama seperti Tasty, Sultan Burger
and Armiya,kesemuanya dibuat di Singapura. Pengasas Burger Ramly
mencipta resepi burger keluarannya pada tahun 1979.Lima tahun selepas
pelancaran, Ramly burger boleh didapati dimana - mana seluruh Malaysia
termasuk Singapura, Thailand ke Filipina dan Indonesia.Tetapi hanya
kertas pembungkus , mayonis, dan makanan sejuk beku seperti bebola
sotong yang dipasarkan di Singapura.
Comments
Post a Comment