
Ciri-ciri keusahawanan Tan Sri Loh Boon Siew Antara ciri-ciri keusahawanan yang dikenalpasti ada pada Tan Sri yang berjaya menjadikan beliau sebagai seorang usahawan yang berjaya dan amat disegani di Malaysia adalah: Berorientasikan Peluang Semasa melakukan lawatan ke Osaka, Jepun pada tahun 1954, Tan Sri terlihat sebuah motorsikal bersaiz kecil atau ‘cub’ yang didapati sesuai untuk dibawa masuk ke Malaysia. Menurut sejarah, Tan Sri sanggup mengejar motorsikal terbabit untuk melihat dengan lebih dekat lagi ciri-ciri motorsikal terbabit. Ini kerana beliau berpendapat bahawa motorsikal jenis Honda tersebut amat sesuai untuk digunakan kerana saiznya yang kecil dan ringan sesuai untuk orang Asia yang rata-rata bersaiz kecil berbanding dengan motorsikal buatan Eropah. Pada ketika itulah, Tan Sri dapat melihat motorsikal Honda ‘cub’ sebagai satu peluang bagi beliau untuk dijual di Malaysia. Lantaran itu, Tan Sri telah berjaya mempengaruhi pengeluar motors...