Wanita

    ## ASAL KEJADIAN WANITA ##

 

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
 "Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya, Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai.

     Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silatulrahim) kaum kerabat, kerana Allah sentiasa memerhati (mengawasi) kamu.

                                                                                                                                   (Surah al-Nisa' 4:1)

Firman Allah yang menyatakan, dan yang menjadikan daripada Adam itu pasangannya (Hawa), membawa maksud bahawa Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk sebelah kiri Nabi Adam.

          Sabda Rasullulah yang bermaksud :
         Sesungguhnya wanita diciptakan daripada tulang rusuk yang bengkok. Apabila cuba diluruskan maka ia akan patah dan apabila dibiarkan ia akan tetap bengkok.

                                                                                                                                  ( Rawahul Bukhari )


Kesimpulan daripada hadis ini ialah, kaum wanita diciptakan daripada lelaki dan daripada satu jiwa yang berasal daripada tanah. Abu Muslim al-As'fahani menjelaskan bahawa maksud daripada itu ialah daripada Adam iaitu lelaki, sebagaimana dalam firman Allah yang bermaksud :


         "Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri)perasaan kasih sayang dan belas kasihan..."

                                                                                                                               ( Surah al-Rum 30:21)


Comments

https://www.facebook.com/ovyahairgrowthexpert/