- Get link
- X
- Other Apps
Kenali Tokoh Usahawan Tempatan

YBhg Dato' Haji Ramly Bin Mokni (Ramly Burger) - Encik Ramly Bin Mokni merupakan seorang tokoh usahawan Melayu yang telah mengecapi dan mencapai kejayaan dalam bidang keusahawanan dengan begitu cemerlang dan patut diteladani oleh usahawan-usahawan bumiputera yang lain. Kejayaannya bukanlah dapat dinikmati dalam sekelip mata, tetapi terpaksa mengharungi dengan pelbagai cabaran dan halangan. Dengan berbekalkan keyakinan diri dan ketabahan serta kecekalan hatinya, beliau telah dapat mengembangkan perniagaannya dari gerai menjual burger sehingga membuka kilang untuk mengeluarkan daging burger dari 300 keping sehari kepada 30 tan daging sehari selepas 20 tahun dengan jualan tahunan kini mencatat RM42 juta. Daripada pemerhatian beliau semasa bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya di ibu kota pada awal 1970an di mana kebanyakan makanan sejuk beku yang tidak pasti halal haramnya, telah mencetuskan idea beliau untuk menghasilkan daging burger dan sosej yang ditanggung halal untuk dimakan oleh umat Islam di negara ini. Sifat beliau ini jelas menunjukkan beliau adalah seorang yang bijak merebut peluang dan berdaya kreatif dan inovatif serta berpandangan jauh. Selain itu, beliau tidak pernah putus asa walaupun usahanya pernah diperlekehkan oleh masyarakat dan juga pihak bank yang telah menolak permohonan pinjamannya.
Namun, dengan simpanan sendiri dan
juga bantuan pinjaman yang diberikan oleh Bank Pembangunan dan Malaysia
Berhad telah membolehkannya mengorak langkah untuk memajukan
perniagaannya. Sekaligus telah membuktikan peranan agensi kerajaan
adalah amat penting. Beliau juga mengakui bahawa sokongan keluarga
adalah amat penting untuk mendorongnya terutamanya isterinya yang
sentiasa memberikan dorongan kepadanya dan beliau telah mengatakan
bahawa kejayaannya adalah hasil sokongan kuat keluarga. Di samping itu,
beliau sentiasa memegang kepada prinsip kejujuran, menitikberatkan mutu
barangan yang dihasilkan, keutamaan dan pandangan pelanggan terhadap
barangan keluaran syarikatnya tidak pernah diambil ringan. Sebarang
rungutan dan ketidakpuasan hati oleh pelanggan, beliau pasti akan
memperbaiki mutu produknya dengan berjumpa dengan pelanggan tertentu
dengan kadar segera untuk mengetahui masalahnya. Ini dapat jelas
menggambarkan corak pengurusan beliau yang sangat cekap dan efisyen
dalam menangani sebarang masalah yang timbul. Hasil kegigihan beliau,
beliau telah dianugerahkan beberapa kali Anugerah Usahawan Terbaik .
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment