[7] Datin Mina Cheah Foong
Nama: Datin Mina Cheah Foong
Syarikat: Rampai Niaga Sdn Bhd, The Body Shop
Anda mungkin salah seorang penggemar berangan The Body Shop, tetapi tahukah anda siapa yang membawa jenama itu ke Malaysia? Datin Mina Cheah Foong adalah orang yang bertanggungjawab membawa francais itu ke Malaysia. The Body Shop adalah rangkaian kedai menjual produk kosmetik dan pengjagaan diri seperti barangan mandian, spa dan wangian. Ia diasaskan oleh Dame Anita Roddick di England pada tahun 1976. Kini terdapat lebih dua ribu kedai The Body Shop di seluruh dunia dengan lebih 77 juta orang pengguna. 
Datin Mina berasal dari Ipoh, Perak. Pada usia 17 tahun beliau dihantar oleh ayahnya ke United Kingdom bagi belajar di sebuah sekolah di Belfast, Ireland. Beliau kemudian menyambung pelajaran dalam jurusan system engineering di University of Leeds, London. Dtin Mina bercita-cta menyertai NASA selepas beliau tamat belajar. Ketika tinggal di England, setiap hujung mingu Datin Mina pergi ke Convent Garden di London. Di situ trdapat sebuah kedai The Body Shop. Beliau sering mengunjungi kedai itu bagi membeli barangan sendiri dan untuk teman-temannya. Beliau bukan saja meminati pelbagai produk yang ada di sana malah menyukai segala aktiviti kempen yang dianjurkan The Body Shop. 
Apabila pulang ke Malaysia, Datin Mina masih terus memesan barangan The Body Shop daripada rakan-rakannyayang berkunjung ke London. Kerana minatnya yang mendalam, beliau merancang dan berusaha membawa produk The Body shop ke Malaysia. Datin Mina akhirnya berjaya mendapat hak francais bagi mengedar dan menjual barangan The Body Shop melalui syarikatnya, Rampai Niaga Sdn. Bhd. Kedai pertamanya dibuka pada 8 Disemder 1984 di Yow Chuan Plaza, Kuala Lumpur. Pada masa itu, Datin Mina belum mempunyai pengalaman menjalankan perniagaannya. Perniagaan The Body Shop dimulakan bersama rakan kongsinya, Mariam Tun Sulaiman. Wanita itu adalah isteri kepada rakan suaminya. Puan Mariam pada waktu itu adalah usahawan Amway yang berjaya. Di kedai mereka, Datin Mina menguruskan aktiviti dagangan manakala Puan Mariam menguruskan hal ehwal perhubungan awam. Perniagaan mereka berkembang dengan pesat. Selepas menjadi rakan kongsi selama 10 tahun, Puan Mariam menjual semua saham miliknya dalam Rampai Niaga. Datuk Simon, suami Datin Mina mengambil alih saham-saham Puan Mariam itu. Kemajuan The Body Shop yang terus meningkat tahun demi tahun adalah perkara yang di luar dugaan Datin Mina dan suaminya. Selepas 18 tahun berlalu, mereka berasa perniagaan itu terllu besar dan tidak tahu ke mana hala tuju hendak dibawa perniagaan itu seterusnya. AKhirnya beliau dan suami mengambil keputusan supaya menjual saham-saham mereka dengan nilai RM78 juta. Syarikat yang mengambil alih The Body Shop adalah Kejora Harta Berhad. Walaupun sudah menjual saham-sahamnya, Datin Mina masih meneruskan kontrak mengurus kedai-kedai The Body Shop yang beliau kendalikan.Waktu itu baru beliau terfikir supaya mengembangkan perniagaan The Body Shop ke rantau Asia Tenggara. Namun syarikat itu bukan miliknya lagi. Kini beliau dan suami berusaha membeli semula saham-saham syarikat itu di pasarn bursa. Selepas lebih 20 tahun terlibat dalam industri peruncitan, Datin Mina mnyedari sebahagian besar daripada para pelanggan tiada banyak masa pergi membeli belah. Maka diperkenalkan konsep baru iaitu The Body Shop at Home, produk-produk dijual melalui system parti seperti dilakukan syarikat Tupperware. 
Lain-lain strategi baru yang dilakukan adalah jualan secara on-line dan melalui katalog seperti dilakukan pihak Avon. Dengan gabungan L’Oreal dan The Body Shop di United Kingdom, jenama The Body Shop dijangka menjadi lebih stabil dan kukuh. Di samping menguruskan The Body Shop, Datin Mina membuka tiga buah kedai kasut berjenama Vincci di Sydney, Australia. Tujuan asal beliau membuka perniagaan itu adalah supaya dapat selalu berada di samping anak lelakinya yang dijangka akan melanjutkan pelajaran di sana. Namun anak beliau menyambung pelajaran di Melbourne bukan di Sydney. Perniagaan kedai kasut Vincci itu juga mendapat sambutan baik daripada pihak pelanggan. 
Di samping bergiat dalam perniagaan, Datin Mina banyak menceburkan diri dalam aktiviti dan kempen amal. Sebagai Presiden Malaysian Business Coalition on AIDS Society (MBCA) beliau mengumpul dana bagi membantu mangsa-mangsa AIDS, di samping meningkatkan kesedaran mayarakat tentang penyakit itu. Menerusi The Body Shop, beliau berkempen menangani isu keganasan wanita, khasnya terhadap kanak-kanak dan isu penderaan. Kempen-kempen itu membuktikan The Body Shop menghargai pelanggannya yang 90 peratu terdiri daripada golongan wanita.

Comments

https://www.facebook.com/ovyahairgrowthexpert/