9] Neeta Gosalia
Nama : Neeta Gosalia
Umur: 38
Syarikat : Neeta’s Herbal (M) Sdn Bhd
Neeta
Gosalia lahir di dalam kelaurga yang menginginkan anak lelaki. Anak
ketiga daripada enam adik beradik perempuan ini dilahirkan di dalam
keluarga Gujerati yang konservatif dan menganggap anak perempuan adalah
bencana. Ini kerana, masayarakat Gujerati di Kuala Pilih, Negeri
Sembilan ketika itu berpegang kepada prinsip hanya anak lelaki yang
mampu menjaga keluarga dengan baik. Tetapi hari ini, keluarga Gosalia
amat dikagumi dengan kejayaan anak-anak perempuannya terutama Neeta,
yang telah memulakan produk rambut herba dan pusat penjagaan kulit
sendiri.
Dengan
23 cawangan si seluruh Malaysia dan 10 cawangan di luar negara, Neeta
tidak pernah bersikap tamak dengan kejayaannya tetapi dia turut membantu
adik beradik perempuannya yang lain sehingga masing-masing mempunyai
taraf kedudukan kewangan yang kukuh. Ternyata, disebalik perwatakan
wanita India yang cantik memakai sari dan sederhana ini, tersimpan
kebijaksanaan yang menjadikan beliau usahawan yang sangat dikagumi
masyarakat.
Kebolehan
Neeta ini diakui sendiri oleh bapanya melalui interaksinya meyakinkan
pelanggan untuk membeli barangan kemas di kedai barang milik bapanya.
Ayah Neeta mengakui lagi bahawa beliau tidak pernah menyesal mempunyai
kesemua anak perempuannya kerana dia mendidik anak-anaknya secekal anak
lelaki.
Bercerita mengenai idea untuk menghasilkan ramuan herba ini, Neeta
mengimbas kembali bagaimana beliau sendiri mengalami masalah keguguran
rambut yang serius semasa umurnya 17 tahun.
Bagi
wanita India, keadaan ini bukan sahaja memalukan malah menimbulkan
perasaan trauma. Kehadirannya ke Kuala Lumpur untuk menyampung pengajian
di Tingkatan Enam menemukan beliau dengan suaminya, Visvalingam. Walau
mendapat tentangan hebat dari kedua belah keluarga kerana perbezaan
Karma, mereka akhirnya disatukan sebagai suami isteri. Hasil dorongan
suami, beliau berangkat ke India untuk mendapat bantuan Pakar herba
tradiotional di sana. Dia mula menumbuk dan menggunakan herba yang
diberikan oleh pakar tersebut. Selepas sebulan, rambutnya mula tumbur
dengan sihat dan ini menimbulkan minat yang mendalam pada dirinya untuk
terus mengkaji herba tersebut.
Dengan
bantuan kewangan daripada suaminya, neeta mendaftar untuk kursus selama
tiga tahun di Kolej Ayurveda di India. Setelah kembali ke Malaysia, dia
dan Visvalingam membuka Neeta Herba di Brickfields, Kuala Lumpur. Neeta
ketika itu baru berumur 21 tahun. Dua tahun pertama pembukaan Neeta’s
Herbal, mereka hampir menutup perniagaan tersebut kerana tidak ramai
yang menyedari keberkesanan produk ini. Kos untuk melalukan pemasaran
ketika itu juga adalah tinggi. Wanita ini sungguh bernasib baik.
Kehadirannya dalam Rancangan Nona yang disiarkan stesen penyiran
ternama, TV3 telah melonjakkan nama Neeta’s herbal. Dari situ, Neeta dan
suami menyedari betapa pentingnya pelan pemasaran yang baik bagi
memastikan produk mereka dikenali.
Semenjak itu, Neeta’s Herbal tidak pernah menoleh ke belakang lagi.
Menjelang
tahun 1991, Neeta dan suaminya memutuskan untuk mengembangkan
perniagaan dengan membekalkan produk mereka ke kedai-kedai terpilih di
di negara ini. Neeta seterusnya berjaya menembusi pasaran Amerika
Syarikat dan United Kingdom dan membuka beberapa outlet di sana.
Pada tahun 2007, sebuah outlet berjaya pula di buka di Hyderabad, India.
Disebalik kejayaan ini, pastinya dorongan keluarga yang tidak terhingga
menjadi tonggak utama bagi Neeta.
Neeta
kini bahagia bersama suami dan tiga anaknya dan jika ditaanya mengenai
rahsia kejayaanya, dia menjawab, ‘Kejayaan di dalam perniagaan bukan
hanya dikira berapa jumlah wang yang kamu perolehi atau sebesar mana
perniagaan yang kamu miliki, tetapi bagi saya ia adalah mengenai
keluarga yang sentiasa menyokong dan mempercayai kebolehan saya”
Comments
Post a Comment